Assalammualaikum sahabat semua.....
sudi-sudi la berkunjung selalu ke sini
Tiada kata seindah rasa untuk dicoretkan.
Hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih buat kak liz kerana sudi menurunkan ilmunya kepadaku,memberi tunjuk ajar dan bersabar melayan kerenahku.
Juga blog ini ku dedikasikan buat yag selalu terpahat di hati…ayah,ibu dan juga adik tunggalku.Terima kasih kerana sanggup melayan kerenahku selama ini.
Tak dilupakan buat para sahabat di komuniti sahabat Hijjaz.Teristimewa buat kak sakura,imah,nuriz,kak goldie,kak kasih adeng serta kesemua ahli forum walau di mana anda berada.Pada yang namanya tidak kuabadikan di sini…bukan bermakna kalian kulupakan.
Terima kasih kerana sudi menghulurkan tali persahabatan yang indah buat diri ini.
Buat rakan-rakan dan para guru SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dan SMK(P) Methodist Klang.Serta yang terbaru buat sahabat-sahabat PASUM.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian selama kita bersama.Tak mungkin kulupakan segala jasa kalian.
Akhir kata sambutlah salam ukhwah salam penuh kasih sayang dariku.
Sememangnya manusia itu lahir dari kasih sayang,membesar dengan kasih sayang,dan pergi kerana kasih sayang.
Maka berkasih sayanglah sesame kita dalam mejadikan dunia ini lebih ceria.
Ku masih di sini……
Seperti dahulu…..
Tiada apa yang berubah….
Jika kau masih mengingati….
Hubungi….
sportysweetgurl86@yahoo.com

Posted at 07:46 pm by hannan
Permalink
Antara karya-karya yang telah dihasilkan....
SAHABAT,RAKAN DAN TEMAN
MALAM SEPI
TERMENUNG AKU DISITU
DI TEPI JENDELA TERINGATKAN DIRIMU WAHAI TEMAN
KIRANYA PERKENALAN KITA BAK DEDAUN NAN MENGHIJAU
DISERIKAN BUNGA-BUNGA KEBAHAGIAAN
MEWARNAI JALAN-JALAN YANG DITITI BERSAMA
BERSAMA KITA MELANGKAH
MENGORAK LANGKAH BUAT CORETAN KENANGAN
REMAJA KITA HARUNGI BERSAMA
SENYUMAN RIANG MENGHIASI JAMBANGAN HIDUP
GELAK TAWA KITA BERSAMA
KALIAN TABAH MELADENIKU SEADANYA
MENERIMA KEKURANGAN JUGA KELEMAHAN
SYUKUR KU PANJATKAN PADA PENCIPTA
YANG MENETAPKAN PERTEMUAN INI
TAPI
AKAN TIBA SUATU MASA
SAAT KITA DIAMBANG PERPISAHAN
KAU HARUS TABAH TEMANKU
USAH DITANGISI SEBUAH PERPISAHAN
USAH DIUCAP KATA PENGAKHIRAN
JANGAN DIKESALI TAKDIR-NYA
TITISAN AIR MATA TIDAK KU PINTA
REDHAILAH SEBUAH PERPISAHAN
KERNA IA PELENGKAP PERTEMUAN
JANGAN KAU BUANG KENANGAN BERASMA
CORETAN BUAT INGATAN HARI DEPAN
SAHABAT,RAKAN DAN TEMAN
KALIAN PELENGKAP KISAH HIDUPKU
>>sajak pertama yang saya hasilkan khas buat sahabat2..rakan2...serta teman2 yang selama ini berkongsi segala suka dan duka......
RATU BALQIS
SERI WAJAHMU WAHAI SEORANG PUTERI
PEMIKAT KALBU PENDAMAI GELISAH
KEKAYAANMU TIADA BANDINGAN
NAMUN SAYANG WAHAI PUTERI ANGGUN
HIDAYAH-NYA BELUM KAU TERIMA
KAU RATU DI HATI JELATA
TIAP KATAMU BAGAIKAN PANAHAN
TAAT DITURUTI DAN DIIKUTI
PIMPINANMU TIADA TANDINGAN
SELURUH ALAM MEMUJI DIRIMU
TAKDIR MENENTUKAN KAU DENGAN SULAIMAN
KEHADIRANNYA MENGUBAH DIRIMU
KISAH LAMA DIBIAR BERLALU
MEMBUKA LEMBARAN SEJARAH BARU
TUNDUK KUASAMU PADA KEHENDAK-NYA
MENYEDARKANMU DARI KEALPAAN
RAHMAT ALLAH MELIMPAHI ALAM
TATKALA BALQIS MENYATAKAN KEIMANAN
KEBAHAGIAAN MENANTIMU DISANA
ATAS LIMPAHAN SAKINAH MAWADDAH
>>sajak kedua yang dihasilkan.....
berkenaan sejarah Ratu Balqis dengan Nabi Sulaiman..
dapat idea hasilkan sejurus selepas baca kisahnya dalam sebuah buku....
Aku Insan Kerdil
Aku insan kerdil
Menumpang di dataran dunia
Persinggahanku hanyalah sementara
Buat menghimpun bekal
Kala menemui-Nya
Aku tidak punya apa-apa
Pangkat ataupun harta
Namun kupunya akal pinjaman-Nya
Bersama hati nan cekal milik-Nya
Mencari keredhaan Illahi
Namun ranjau kian hebat menerjah
Mampukah ku teruskan..oh Tuhan..
Tiada apa yang ku miliki
Segalanya yang ada padaku
Hanyalah pinjaman semata
Yang perlu dipulangkan tatkala tiba ketikanya
Yang akan mengadili diri kerdil ini
Buat penentuan
Syurga Naim
Ataupun neraka Jahanam
Oh Tuhan
Aku tidak layak mendiami syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup singgah di neraka-Mu
Bantulah aku oh Tuhanku
Dalam menempuhi dugaan Maha hebat
Kerna dari-Mu aku hadir
Lalu kepada-Mu jua aku pulang
>>ha...sajak nih pun ok gak kot...harap2 dpt bagi kesedaran dan keinsafan pd kita.....
Posted at 08:27 am by hannan
Permalink